Monday, July 27, 2009

Dari hujung jari YDP

Salam sejahtera kepada semua warga UiTM Terengganu khasnya kampus Dungun.
MPP bagi pihak pentadbiran UiTM Terengganu ingin memohon kemaafan atas kecelaruan maklumat yang disampaikan bagi kemasukan semula pelajar selepas cuti pertengahan semester ini.
Maklumat yang telah di kemaskini setelah merujuk kepada pihak atasan adalah seperti berikut:

Tarikh masuk ke kolej adalah pada 1 @ 2 Ogos 2009. Para pelajar yang jauh boleh mula mendaftar masuk pada 1 Ogos tetapi dinasihatkan supaya berhati-hati dengan keadaan sekeliling untuk memastikan kesihatan anda berada di tahap yang optimum kerana dkhuatiri virus wabak tersebut masih belum hilang sepenuhnya. Para pelajar masih belum dibenarkan masuk pada 31 Julai 2009

Tarikh mula belajar pula adalah pada 2 Ogos 2009 kerana mengikut pekeliling Naib Canselor UiTM, minggu belajar UiTM Kampus Terengganu adalah pada hari Ahad, jadi, kuliah kita akan bermula pada 2 Ogos. Tetapi, kepada sesiapa yang telah membeli tiket untuk balik pada 2 haribulan atau lebih lewat, tidak menjadi masalah yang besar. MPP dengan bantuan daripada pihak HEP akan membantu pelajar berkaitan dengan masalah tersebut.

Makluman keras kepada pelajar yang masih belum sihat sepenuhnya, anda adalah DILARANG daripada balik semula ke kampus sehingga keadaan anda telah betul-betul sihat. Sila dapatkan sijil pengakuan cuti sakit daripada hospital kerajaan.

Kepada sesiapa yang mempunyai sebarang pertanyaan, sila balas melalui link
comment di bawah. Sila nyatakan nama dan juga no. telefon untuk kami hubungi bagi membalas pertanyaan anda.

Sekian, harap maklum.

Updated 28 August 2009, 7:37pm

3 comments:

fazrina m said...

"kepada sesiapa yang telah membeli tiket untuk balik pada 2 haribulan atau lebih lewat, tidak menjadi masalah yang besar. MPP dengan bantuan daripada pihak HEP akan membantu pelajar berkaitan dengan masalah tersebut."

dah beli tiket 2hb :( sbb hari tu terserempak dgn abg ydp mpp, dia kata 3hb baru start. gimana ya? ahad ada 2 class pulak.

MPPTGANU said...

mpp-->fazrina
masa saudari tanya pada ydp mpp aritu, pekeliling masih belum keluar lagi dan perkara tersebut masih belum dapat kepastian, tetapi mengikut makluman daripada pihak HEP, jika ada pelajar yang balik lebih lewat, tidak mengapa sebab perkara yang berlaku ini adalah di luar jangkaan. jadi, cik fazlina dicadangkan untuk memberitahu lecturer yang mengajar pada hari tersebut bahawa saudari tidak dapat hadir ke kuliah kerana bas saudari adalah pada 2hb.

Tham93 said...

Ringtone panas Selena Gomez : Only You Selena Gomez Ringtone

Barisan MPP UiTM Terengganu sesi 09/10