Monday, July 27, 2009

Dari hujung jari YDP

Salam sejahtera kepada semua warga UiTM Terengganu khasnya kampus Dungun.
MPP bagi pihak pentadbiran UiTM Terengganu ingin memohon kemaafan atas kecelaruan maklumat yang disampaikan bagi kemasukan semula pelajar selepas cuti pertengahan semester ini.
Maklumat yang telah di kemaskini setelah merujuk kepada pihak atasan adalah seperti berikut:

Tarikh masuk ke kolej adalah pada 1 @ 2 Ogos 2009. Para pelajar yang jauh boleh mula mendaftar masuk pada 1 Ogos tetapi dinasihatkan supaya berhati-hati dengan keadaan sekeliling untuk memastikan kesihatan anda berada di tahap yang optimum kerana dkhuatiri virus wabak tersebut masih belum hilang sepenuhnya. Para pelajar masih belum dibenarkan masuk pada 31 Julai 2009

Tarikh mula belajar pula adalah pada 2 Ogos 2009 kerana mengikut pekeliling Naib Canselor UiTM, minggu belajar UiTM Kampus Terengganu adalah pada hari Ahad, jadi, kuliah kita akan bermula pada 2 Ogos. Tetapi, kepada sesiapa yang telah membeli tiket untuk balik pada 2 haribulan atau lebih lewat, tidak menjadi masalah yang besar. MPP dengan bantuan daripada pihak HEP akan membantu pelajar berkaitan dengan masalah tersebut.

Makluman keras kepada pelajar yang masih belum sihat sepenuhnya, anda adalah DILARANG daripada balik semula ke kampus sehingga keadaan anda telah betul-betul sihat. Sila dapatkan sijil pengakuan cuti sakit daripada hospital kerajaan.

Kepada sesiapa yang mempunyai sebarang pertanyaan, sila balas melalui link
comment di bawah. Sila nyatakan nama dan juga no. telefon untuk kami hubungi bagi membalas pertanyaan anda.

Sekian, harap maklum.

Updated 28 August 2009, 7:37pm

Friday, July 24, 2009


AKTIVITI DITANGGUH, CUTI DIAWALKAN

Salam kepada student..
Oleh kerana masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan, semua aktiviti atau program sepanjang 23hb Julai sehingga 2hb Ogos terpaksa ditangguhkan termasuk PC Fair..
Cuti pertengahan semester telah diawalkan iaitu pada 26hb Julai sehingga 1hb Ogos bagi UiTM Kelantan, Terengganu dan Kedah...Untuk maklumat lanjut sila ke Student Portal atau klik disini..




Wednesday, July 15, 2009

MMS

Minggu Mesra Siswa

----------------------------------------------------------
27 Jun 2009





---------------------------------------------------------
28 Jun 2009




----------------------------------------------------------
29 Jun 2009


---------------------------------------------------------
30 Jun 2009




---------------------------------------------------------
1 Julai 2009






---------------------------------------------------------
2 Julai 2009




Barisan MPP UiTM Terengganu sesi 09/10