USAHA TANGGA KEJAYAAN
UNTUK berjaya, anda juga harus berkawan dengan orang yang berjaya,” kata Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin), Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad. Menurutnya, sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif dan ia boleh menjadi contoh kepada anak-anak atau remaja yang mahukan kejayaan seperti mana yang diraih mereka yang sudah membentuk kecemerlangan.
Katanya, kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapan atau penampilan seperti pakaian, rambut, kasut dan gaya mereka.“Tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. “Oleh itu sekiranya kita memilih kawan yang positif, bergaul dengan orang berjaya, banyak berbincang mengenai apa yang mahu dicapai pada masa depan, pasti ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian kita. “Pastinya kita turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah kegagalan mereka sedangkan mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah kejayaan mereka,” katanya.
Katanya, untuk berjaya kita bukan hanya perlu berkawan dengan mereka yang berjaya malah belajar daripada pengalaman dan pengetahuan mereka. Selain itu, kita juga harus mempelajari cara mereka membentuk personaliti mereka di kalangan masyarakat.
Beliau mengakui, orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti yang mengagumkan. Menurutnya, personaliti itu bukannya lahir secara semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya namun kita juga boleh melakukan perkara serupa. Untuk membina sikap positif dalam diri, beliau menyarankan amalan beberapa petua manakala petua terpenting adalah melakonkan watak orang cemerlang.
Bagi merealisasikannya, harus mengubah penampilan diri. Dr Tengku Asmadi juga mengingatkan bahawa pelaburan yang dilakukan dalam membentuk penampilan diri atau imej positif mestilah membawa pulangan setimpal atau berbaloi.
“Kalau anda melaburkan wang ringgit untuk membentuk imej diri semata-mata untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka pelaburan itu merugikan diri sendiri. “Pelaburan yang dibuat mestilah mampu menjadikan diri lebih positif dan produktif. Sebab itu, ramai jurujual profesional mempunyai penampilan diri yang positif. Mereka dilatih untuk berkeadaan sedemikian. Mereka meraih keuntungan dan pendapatan dengan mempunyai penampilan positif,” katanya. Perunding motivasi ini turut menekankan, manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri selain mempunyai model ikutan yang boleh diteladani.
Beliau turut menceritakan kisah kejayaan jeneral tentera Amerika yang begitu dikagumi semua disebabkan kejayaan demi kejayaan yang dibawanya dalam peperangan. Ia berlaku sewaktu perang dunia kedua. Seorang prebet tidak berpuas hati lalu terus bertanya sebanyak tiga kali, dan tiga kali juga dia memperoleh jawapan serupa. Prebet itu bertanya lagi, “Tuan, tiga kali saya tanya tuan tetapi tuan tetap berikan jawapan serupa, kenapa begitu tuan?" Lalu jeneral berkata, “Kalau kamu mahu jadi seperti saya, kamu mesti berfikir seperti saya, berjalan dan bercakap seperti saya, tindakan kamu pastinya juga seperti saya. Kamu hanya boleh jadi seperti saya sekiranya kamu lalui jalan yang saya lalui. Kalau kamu lalui jalan berbeza, kamu akan sampai ke destinasi yang berbeza.” Lalu pemuda itu melakonkan setiap watak jeneral dalam kehidupan hariannya.
Kira-kira 20 tahun kemudian, prebet itu berjaya merealisasikan matlamatnya menjadi seorang jeneral dalam pasukan tentera Amerika. Menurut Dr Tengku Asmadi, bagi pelajar, mereka harus bertindak seperti pelajar cemerlang di sekolah. “Mengurus masa, membabitkan diri secara aktif serta berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang. Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti, mereka akan memperolehi apa yang dicapai pelajar cemerlang lain. “Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakon itu hari ini, Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda. Orang lainlah nanti yang akan berjaya.“Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulama, peguam dan sebagainya.
Orang lain akan dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai orang yang membawa perubahan dalam masyarakat. “Sebenarnya, untuk berjaya kita mesti mula berlakon hari ini. Hayati watak orang cemerlang. Fikir seperti mana mereka berfikir, bercakap, bergaya dan bertindak seperti mereka.“Lama-kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian. Ia akan menjadi sikap baru dalam diri kita. Kita akan dapati mereka di sekeliling kita menyedari yang kita kini bersikap positif. “Setiap kebaikan yang bakal diperoleh hasil lakonan positif membuatkan kita tidak mahu lagi kembali kepada sikap negatif kita sekarang. Kita pula mula memikirkan untuk hidup dalam kelompok dan persekitaran baru,” katanya.
EKSPRESI cinta membuatkan ramai insan berasa begitu bahagia dan dihargai kerana ada seseorang yang sentiasa berdiri di belakang di kala semangat hidup semakin patah. EKSPRESI cinta membuatkan ramai insan berasa begitu bahagia dan dihargai kerana ada seseorang yang sentiasa berdiri di belakang di kala semangat hidup semakin patah. Bahkan cinta juga memberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang selama ini bagaikan sudah kabur dan tiada arah tujuan. Namun, apabila lima perkataan itu - cinta - semakin pudar dek banyak halangan dan onak, anda terpaksa melupakannya.
Rasa pedih dan patah hati apabila diri dikecewakan adalah ketentuan yang perlu ditempuhi. Biarpun terpaksa melupakannya untuk seketika atau selamanya, harus diingat itu semua bukan kehendak anda. Mula-mula memang agak sukar untuk menerima kenyataan menempuh kekecewaan tetapi lama kelamaan, ia pasti boleh dihadapi. Tidak dinafikan hidup ini sunyi tanpa cinta tetapi kena ingat, semuanya datang daripada-Nya. Takdir mengatasi segalanya dan kekuatan diri harus dibina untuk mampu berdiri dan terus melangkah bagi membina cinta, seterusnya yang lebih teguh sehingga bahagia selamanya.
* Latih minda melupakan kenangan pahit
Bunyinya senang namun bagi yang menanggungnya, ia perlu dilakukan secara berterusan. Mengaku saja anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang sering melukakan.
Untuk itu, anda harus mengatakan pada diri 'berhenti' mengingati kenangan melukakan itu terutama ia memberi kesan emosi yang mendalam dalam kehidupan kini.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu sehingga membiarkan minda menjadi kosong. Tekadkan azam untuk memfokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan.
Anda tidak akan dapat melupakan semua memori pahit sekali gus tetapi lakukan perlahan-lahan dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa tetapi tidak mustahil dengan disiplin diri yang kuat, segalanya akan berubah.
‘
• Buang sikap risau
Ada dua kesan daripada sikap risau. Pertama, ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta.
Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan sama ada dari segi fizikal atau mental. Risau membuatkan diri selalu sedih dan kecewa, kadang-kadang takut. Untuk membuang sikap itu, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal keadaan.
• Belajar bersyukur
Ucap syukur atas semua yang ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada lima deria yang lengkap, boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Syukur kerana ada kawan rapat yang memahami dan mempunyai telefon bimbit kesayangan.
Ucap syukur sebanyak mungkin dan seikhlas hati hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.
• Belajar jadi pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati daripada perasaan dan emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam atau busuk hati). Seterusnya, neutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda.
Anda sebenarnya selalu sedih dan kecewa kerana tidak memaafkan kesalahan diri anda pada masa lalu ataupun tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri anda suatu ketika dulu.
Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain yang membuatkan sering dibuai kesedihan, kekecewaan dan lara berpanjangan. Belajarlah menjadi pemaaf dan menghapuskan semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.
• Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan dan menjadikan anda girang. Tonton video lucu, baca cerita lucu, dekatkan diri dengan rakan yang lucu serta cari sudut melucukan dalam setiap situasi agar anda boleh ketawa secara automatik.
Ketawa dapat menghilangkan sedih. Mengapa melayan kecewa sedangkan anda boleh ketawa?
• Ubah fikiran
Kita tidak boleh mengubah situasi yang boleh membuat diri kecewa, sedih dan murung. Tetapi, anda boleh mengubah fikiran dan apa yang anda fikirkan mengenai situasi itu walau seburuk manapun ia.
Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun ia tidak berpihak kepada anda, cari cara untuk menemui nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja kerana ia memberi keuntungan jangka panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda mahukan.
Mengapa fikir perkara buruk sedangkan anda boleh menarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, anda dapat yang buruk. Ini hukum alam yang dinamakan hukum 'sebab dan akibat'.
• Hati mesti 'keras'
Bukan keras sebarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.
Allah menurunkan musibah dan permasalahan bukan sekadar dugaan tetapi balasan pada perbuatan anda pada masa lalu.
Sebelum tidur, tetapkan minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri, ini adalah hari yang baru untuk anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik serta sebaik yang mungkin daripada hari sebelumnya

1 comment:
I really like your post, thanks for share!
If you want to download free ringtone for mobile, please visit here to download, it's 100% free: http://bestringtones.mobi/hip-hop-ringtones/,
Post a Comment