Saturday, February 7, 2009



WATIKAH PERLANTIKAN MPP SESI 2009-2010 DAN PENGHARGAAN MANTAN MPP SESI 2007-2008


22 JANUARI 2009, KHAMIS, INTEKMA RESORT, UiTM SHAH ALAM, 8:00 MALAM

Pihak pengurusan UiTM begitu menghargai wakil-wakil pelajar yang telah terpilih untuk menjadi wakil MPP bagi kampus UiTM di setiap cawangan. Oleh yang demikian, majlis ini diadakan bagi menghargai mantan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008 -2009 selain majlis ikrar janji untuk ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang baru bagi sesi yang 2009 - 2010.
Dato’ Ibrahim Abu Shah mengucapkan tahniah di atas pelantikan semua Majlis Perwakilan Pelajar yang baru dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua mantan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi lepas. Beliau mengingatkan tentang nilai-nilai perpaduan dalam kalangan pelajar melayu dan ia harus bermula daripada organisasi MPP itu sendiri. Beliau menerapkan nilai-nilai persefahaman, kerjasama dalam kumpulan, kreativiti, inovatif dan nilai-nilai murni yang dapat memberikan sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan Negara.



No comments:

Barisan MPP UiTM Terengganu sesi 09/10