Monday, July 27, 2009

Dari hujung jari YDP

Salam sejahtera kepada semua warga UiTM Terengganu khasnya kampus Dungun.
MPP bagi pihak pentadbiran UiTM Terengganu ingin memohon kemaafan atas kecelaruan maklumat yang disampaikan bagi kemasukan semula pelajar selepas cuti pertengahan semester ini.
Maklumat yang telah di kemaskini setelah merujuk kepada pihak atasan adalah seperti berikut:

Tarikh masuk ke kolej adalah pada 1 @ 2 Ogos 2009. Para pelajar yang jauh boleh mula mendaftar masuk pada 1 Ogos tetapi dinasihatkan supaya berhati-hati dengan keadaan sekeliling untuk memastikan kesihatan anda berada di tahap yang optimum kerana dkhuatiri virus wabak tersebut masih belum hilang sepenuhnya. Para pelajar masih belum dibenarkan masuk pada 31 Julai 2009

Tarikh mula belajar pula adalah pada 2 Ogos 2009 kerana mengikut pekeliling Naib Canselor UiTM, minggu belajar UiTM Kampus Terengganu adalah pada hari Ahad, jadi, kuliah kita akan bermula pada 2 Ogos. Tetapi, kepada sesiapa yang telah membeli tiket untuk balik pada 2 haribulan atau lebih lewat, tidak menjadi masalah yang besar. MPP dengan bantuan daripada pihak HEP akan membantu pelajar berkaitan dengan masalah tersebut.

Makluman keras kepada pelajar yang masih belum sihat sepenuhnya, anda adalah DILARANG daripada balik semula ke kampus sehingga keadaan anda telah betul-betul sihat. Sila dapatkan sijil pengakuan cuti sakit daripada hospital kerajaan.

Kepada sesiapa yang mempunyai sebarang pertanyaan, sila balas melalui link
comment di bawah. Sila nyatakan nama dan juga no. telefon untuk kami hubungi bagi membalas pertanyaan anda.

Sekian, harap maklum.

Updated 28 August 2009, 7:37pm

Friday, July 24, 2009


AKTIVITI DITANGGUH, CUTI DIAWALKAN

Salam kepada student..
Oleh kerana masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan, semua aktiviti atau program sepanjang 23hb Julai sehingga 2hb Ogos terpaksa ditangguhkan termasuk PC Fair..
Cuti pertengahan semester telah diawalkan iaitu pada 26hb Julai sehingga 1hb Ogos bagi UiTM Kelantan, Terengganu dan Kedah...Untuk maklumat lanjut sila ke Student Portal atau klik disini..




Wednesday, July 15, 2009

MMS

Minggu Mesra Siswa

----------------------------------------------------------
27 Jun 2009





---------------------------------------------------------
28 Jun 2009




----------------------------------------------------------
29 Jun 2009


---------------------------------------------------------
30 Jun 2009




---------------------------------------------------------
1 Julai 2009






---------------------------------------------------------
2 Julai 2009




Thursday, June 18, 2009


Kembali Ke Kampus...

Salam kepada para pelajar...
Dah bersedia untuk kembali ke UiTM Dungun??
Tentu tidak sabar untuk berjumpa dengan kawan-kawan.

JANGAN LUPA!!!!
Pendaftaran kolej 5hb dan kuliah bermula 7hb..

Para PMMS diingatkan hadir pada 22hb untuk pendaftaran kolej sementara..
Kursus PMMS bermula pada 23hb-25hb Julai..
26hb persiapan penuh MMS..
Pendaftaran pelajar baru adalah pada 27hb..

Berhati-hatilah di jalan raya...
Semoga sampai ke kampus dengan selamat..


Kata-kata dari MPP:

Mawi - Biar lambat asal selamat..

Abang Hus - Kita satu keluarga..jangan segan-segan nak datang jumpa..

Ucop - Sila buli student baru..hahaha...

Nida - Jumpa kat kampus ye...


Bainun - Selamat datang kepada student baru dan kepada student lama selamat kembali..


Wednesday, June 3, 2009

OPKIM PERDANA 2009

Seramai 70 orang peserta telah menyertai program anak angkat ni bertempat di Manir selama 5 hari 4 malam iaitu dari 12hb-16hb MEI 2009.
Antara aktiviti - aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program adalah :


EXPLORACE

menganyam badang

dapat tak tangkap ikan??


CERAMAH IBU BAPA

tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh prof. izzi


SENAM PAGI


belajar tai chi



GOTONG ROYONG

membersih halaman masjid

UiTM Dungun terpahat di Manir.



KAMPUNG TOUR

jalan-jalan pusing kampung..


KELAS BIMBINGAN
perbentangan oleh adik2 darjah 6

tekun mendengar amanah yang disampaikan oleh faci



MALAM KEBUDAYAAN


persembahan nasyid daripada penduduk kampung

Barisan MPP UiTM Terengganu sesi 09/10