Monday, March 30, 2009

BELAJARLAH TERIMA PANDANGAN ORANG LAIN

MANUSIA yang lemah hanya mementingkan diri sendiri. Baginya orang lain belakang kira, langsung tidak diendahkan.

Antara jenis pentingkan diri ialah tidak mahu mendengar suara orang di sekitarnya. Cuma yang dia mahu dengar ialah suara nafsu dan keinginannya saja, walaupun kadangkala orang menderita disebabkan sikapnya.


Suara luar, rintihan yang di sekelilingnya tidak diendahkannya. Baginya itu semua tidak penting.

Nabi Sulaiman a.s sanggup mendengar suara dan pendapat luar walaupun daripada seekor burung hud-hud mengenai negeri Saba'.

Begitu juga Nabi Muhammad s.a.w mendengar pendapat dan pandangan sahabat, kemudian bersama berfikir mengenai cadangan dan akhirnya melaksanakan kesimpulan yang dipersetujui. Bukankah itu memberikan kejayaan!

Pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat menyentuh hati golongan dipimpin. Tetapi sebelum kita dapat menyentuh yang dipimpin, kita semestinya menyelami apa ada dalam hati mereka.

Hendak menyelami hati mesti mendengar dulu suara mereka. Semestinya kita menjadi pendengar yang baik.

Dalam kehidupan seharian antara suara yang perlu kita dengar ialah:

1. Suara mereka yang dekat dengan kita seperti suara hati suami, isteri, anak, teman dan sahabat kita.

Luangkan masa mendengar sama ada pujian atau teguran. Tunjukkan wajah yang simpati dan tindak balas.

Hindarilah wajah yang dingin kerana ia akan melukakan mereka yang sedang berkomunikasi dengan kita. Banyak orang yang suka ceritanya didengari daripada memenuhi permintaan.

2. Suara pelanggan. Kepada yang ingin berjaya luangkanlah waktu untuk mendengar suara pelanggan (terutama peniaga dan pemberi perkhidmatan) dan mendengar suara umat (bagi golongan pendakwah atau pakar motivasi) kerana kadangkala ilmu dan hikmah datang daripada suara mereka ini.

Apabila suara mereka mengandungi makian hadapilah dengan positif dan sangka baik serta cuba perbaiki diri.

Jika suara mereka mengandungi pujian pertahankan pujian dengan mempertingkatkan kualiti.

3. Suara lawan. Suara lawan memang sukar untuk diterima, malah kadang-kadang disambut dengan lawan juga.

Bagi mereka yang bijaksana, suara lawan sebenarnya sangat berharga. Melalui kritikan mereka kita mengetahui lemah kita, bahkan yang cacat akan diperbaiki.

Kata bijak pandai 'apabila lawan kita menceritakan aib kita sebenarnya kita patut berterima kasih kerana dia bersusah meluangkan masa dan fikirannya menasihati kita'.

Cuba fikirkan, berapa banyakkah waktu yang kita pernah guna untuk memperbetulkan dan muhasabah diri kita?

Mulai sekarang marilah kita belajar mendengar, bukan sahaja kata-kata tetapi juga perasaan mereka di sekitar. Nanti mereka juga akan mendengar perasaan kita.

Wednesday, March 11, 2009

NASIHAT BUAT SEMUA PELAJAR

السلام عليكم dan salam perpaduan buat semua pelajar UiTMT. Kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1430H. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Dalam kita melalui kehidupan seharian di kampus kita masing-masing samada di Dungun atau Kuala Terengganu, pelbagai masalah kita lalui tetapi anggaplah itu sebagai satu halangan dan cabaran dalam menambah pengalaman dalam hidup kita. Mungkin pada hari ini kita memaki hamun dan menyumpah seranah akan apa yang kita harungi, tetapi percayalah, esok lusa kita akan tersenyum mengenang kisah-kisah kita di sini. Kemanisan hidup ini perlukan pengalaman, dan dengan pengalaman itu nanti akan terbit nilainya.

Sebagai manusia, kita sering meminta, tak pernah cukup. Beri betis nak peha, kalau bagi peha tak tahu nak apa pula. Hadis-hadis banyak menceritakan kisah manusia dan sifat mereka yang tak pernah rasa puas dengan apa yang mereka miliki. Contohnya, kisah manusia yang dimasukkan ke neraka, apabila dikeluarkan dan disuruh membersihkan diri sebelum dimasukkan ke dalam syurga, meminta diri mereka dibersihkan. Dengan izin Allah SWT, tubuh mereka dibersihkan. Lalu mereka meminta pula supaya dihilangkan tanda ahli neraka di dahi mereka, lalu dengan izin Allah SWT, tanda itu dihilangkan. Apabila disuruh masuk ke dalam syurga untuk bersama-sama dengan ahli syurga yang lain, mereka meminta pula untuk dimasukkan, lalu dengan izin Allah SWT, mereka pun dimasukkan. Sifat manusia, tidak mahu berusaha, tetapi mahu hasil.

Bukan niat untuk berdakwah, kerana ilmu di dada ini pun masih belum cukup, tetapi sekadar ingin mengingatkan rakan-rakan yang lain disamping diri saya sendiri. Sebelum kita nilai apa yang orang beri, kita nilai dulu apakah sumbangan kita untuk mendapatkan hasil tersebut.

Kami sebagai MPP, telah mencuba sedaya upaya untuk memenuhi kehendak rakan pelajar yang lain tetapi kami amat berharap agar rakan-rakan semua faham, kami hanya berusaha, yang membuat keputusan adalah pihak pentadbiran universiti. Walau kami berusaha beribu kali, tetapi polisi tetap tidak berubah, selagi itu peraturan itu kekal seadanya.

Kami tidak tahu di mana silapnya, hinggakan kami dikatakan tidak mesra. Setakat mana ketidakmesraan kami itu, tidak pula diberitahu. Kami harap, mereka yang menyuarakan pendapat ini, dapat menjelaskan kepada kami, apa yang anda harapkan daripada kami. Kami akan cuba sedaya upaya untuk memperbetulkan keadaan. Ingatlah, kami juga pelajar seperti anda semua, tanggungjawab kita sama malahan kami lebih lagi. Kami harap rakan semua faham.

Sekian.

Salam mesra dari MPP Terengganu.

mpptrg@tganu.uitm.edu.my
09-8400345 / 09-8400525

Monday, March 2, 2009

KEYAKINAN DIRI

clik here!!!

Sunday, March 1, 2009

Pengurusan masa

klik disini!!!

Barisan MPP UiTM Terengganu sesi 09/10