Thursday, April 22, 2010

Final Exam

Selamat menduduki peperiksaan akhir sesi jan-april 2010. Mudahan semua mendapat kelapangan dada dan ketenangan fikiran dalam menjawab peperiksaan. Mulakan dengan Bismillah dan selawat salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...

Friday, December 25, 2009

Selamat Datang dan Kembali...


Sudah sedia untuk semester baru?
Kepada pelajar-pelajar lama, selamat kembali ke kampus.
Kuliah bakal bermula pada 4 Januari 2010 nanti.
Bagi pelajar-pelajar baru yang akan mengikuti program
Minggu Mesra Siswa (MMS) bermula 27 Disember ini,
selamat datang diucapkan dan selamat menjadi warga
UiTM Terengganu..

Thursday, September 3, 2009

BULETIN MPP

Kepada mereka yang suka membaca Buletin MPP, kami pihak MPP ingin memohon maaf kerana tidak dapat mencetak buletin ini tepat pada masanya kerana masalah tertentu. Kesulitan amat dikesali.

Untuk tidak mengecewakan para pembaca, anda boleh memuat turun Buletin MPP yang terkini disini.

BULETIN MPP JULAI-OGOS 2009..klik disini


Friday, August 14, 2009


PERUBAHAN KALENDAR AKADEMIK
sesi Julai-November 09

Cuti khas hari raya : 18 - 26 September 2009.

Kuliah bermula : 27 September 2009 - 25 Oktober 2009.

Cuti ulangkaji : Tiada.

Peperiksaan akhir : 26 Oktober 2009 - 15 November 2009.

Cuti semester :16 November 2009 - 27 Disember 2009.

more...

.: jika terdapat pindaan akan diberitahu kemudian.


Monday, July 27, 2009

Dari hujung jari YDP

Salam sejahtera kepada semua warga UiTM Terengganu khasnya kampus Dungun.
MPP bagi pihak pentadbiran UiTM Terengganu ingin memohon kemaafan atas kecelaruan maklumat yang disampaikan bagi kemasukan semula pelajar selepas cuti pertengahan semester ini.
Maklumat yang telah di kemaskini setelah merujuk kepada pihak atasan adalah seperti berikut:

Tarikh masuk ke kolej adalah pada 1 @ 2 Ogos 2009. Para pelajar yang jauh boleh mula mendaftar masuk pada 1 Ogos tetapi dinasihatkan supaya berhati-hati dengan keadaan sekeliling untuk memastikan kesihatan anda berada di tahap yang optimum kerana dkhuatiri virus wabak tersebut masih belum hilang sepenuhnya. Para pelajar masih belum dibenarkan masuk pada 31 Julai 2009

Tarikh mula belajar pula adalah pada 2 Ogos 2009 kerana mengikut pekeliling Naib Canselor UiTM, minggu belajar UiTM Kampus Terengganu adalah pada hari Ahad, jadi, kuliah kita akan bermula pada 2 Ogos. Tetapi, kepada sesiapa yang telah membeli tiket untuk balik pada 2 haribulan atau lebih lewat, tidak menjadi masalah yang besar. MPP dengan bantuan daripada pihak HEP akan membantu pelajar berkaitan dengan masalah tersebut.

Makluman keras kepada pelajar yang masih belum sihat sepenuhnya, anda adalah DILARANG daripada balik semula ke kampus sehingga keadaan anda telah betul-betul sihat. Sila dapatkan sijil pengakuan cuti sakit daripada hospital kerajaan.

Kepada sesiapa yang mempunyai sebarang pertanyaan, sila balas melalui link
comment di bawah. Sila nyatakan nama dan juga no. telefon untuk kami hubungi bagi membalas pertanyaan anda.

Sekian, harap maklum.

Updated 28 August 2009, 7:37pm

Barisan MPP UiTM Terengganu sesi 09/10